Blog List

Thursday 4 February 2016

CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji saga, guli atau biji getah.


Buah congkak  menggunakan biji saga, guli atau biji getah.
Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab  Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kiniJordan.  Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.   Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Peraturan Permainan Congkak

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 
1.         Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Pembahagian buah congkak

Congkak di anggotai oleh 2 oarang pemain.
2.         Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3.         Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4.         Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5.         Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Cara Membuat Congkak
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayurambutannangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Kayu dipotong mengikut saiz.
Belahan kayu yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.

Kayu tersebut diukur dan ditanda dengan sama saiz untuk membuat lubang congkak
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang.
Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’
yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

Kayu tersebut ditebuk dengan menggunakan mesin
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua
hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.

Setelah kering, congkak ini diukir dengan menggunakan alat pengukir
Setelah siap, papan tersebut akan diukir
dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan,
kosmos, 
geometri dan sebagainya



Papan congkak divarniskan dengan warna perang
kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

Congkak Masa kini

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana sahaja.




PERMAINAN GASING


Permainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing.

Jenis-jenis Gasing



Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Gasing leper
Gasing Leper Kelantan
Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.  Gasing ini  berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

Gasing Lang Laut
Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.



Gasing Kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor. Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang. Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing Toyol
Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

Gasing Begelen
Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm. Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.




Proses Membuat Gasing
Bahan : Kayu Tualang,Keranji Alat : Mesin Pelarik, parang, tatah, gergaji ;

pembuatan gasing tj pinang
Potongan kayu mentigi dibubut langsung membentuk  Gasing
yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan.

tjpinang
Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.
 Kayu sepanjang 50 cm, biasanya bisa menjadi tiga buah gasing.

tj pinang
Kemudian bagian tengah gasing diberi kawat supaya putaran tahan lama,
dan langsung  di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.
- bicarasenivisual.blogspot.my

ARCA DARI PENSIL WARNA

Pensel atau pensil warna, media yang tidak asing lagi dikalangan kanak-kanak sekolah mahupun pelajar-pelajar seni.  Pensil warna cepat pendek setelah di asah atau ditajamkan. Ramai yang membuangnya begitu saja.  Tahukah anda bahawa pensil yang pendek itu boleh menghasilkan karya seni lain yang sangat kreatif dan menarik. Terfikirkah anda yang pensil warna terbuang ini boleh digubah menjadi arca. Wow..... menarik bukan, mari kita lihat hasilnya!



        












Pandangan dari dekat sungguh menakjubkan.
 Jalinan yang menarik dan hebat.



Yang ini pula menggunakan pensil warna.



Menarik sekali!











Pasu Bunga dari hasil kayu
Lelaki ini menggunakan seberkas pensil dan menghasilkan idea yang menakjubkan.  Artis dari Findland bernama Tuomas Markunpoika menghasilkan pasu yang cantik, apa yang menakjubkan ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan pasu itu! Beliau menggunakan kayu tetapi bukan jenis sebarangan. Dia memilih pensil kayu. Mari kita lihat hasilnya.
Gam pensil secara bersusun dan bertindan untuk 
hasilkan bentuk selinder dan empat segi 


tepat seperti di bawah.

Gunakan mesin pelarik.

Proses membentuk pasu.

Idea yang mengkagumkan!

PASU BUNGA DARI PENSIL KAYU

                  Mad Anuar Ismail
       Tajuk Arca :  "Pemain Rebat No.1" 
                        Tahun :1991,
                   Bahan : Ukiran Kay, 
            Ukuran : 400 x 240 x 100cm

          Arcawan : Bayu Utomo Radjikin
            Tajuk Arca : "Bujang Berani" 
                            Tahun : 1991
                   Bahan :  Logam dan POP, 
                  Ukuran : 55x100x100cm


       Anthony Lau –  Karya :“Rimba”


                           Azhar Abdul Manan 
                        Tahun: September, 1989, 

       Tajuk Arca : "Aku Lihat Warisan yang Hilang"

                       Ukuran : 56x100x100cm 

Ucapan Terima  kasih yang tidak terhingga kepada pihak bicarasenivisual.blogspot.my kerana telah mengilhamlan idea ini untuk proses pembelajaran dalam woodethic - wood design . 

ARCA

Arca merupakan karya seni bersifat 3 dimensi. Mempunyai jisim dan ia lebih kepada reka bentuk seni bina.  Permukaan arca boleh dirasa dengan tangan, dilihat dari pelbagai sudut. Seorang karyawan seni yang menghasilkan arca dipanggil arcawan.


Arca berasal dari perkatan Yunani Purba - ‘sculpere’ yang bermaksud  satu proses     menebuk, mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.

Sejarah Arca
  1. Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM.
  2. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.
  3. Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai. 
  4. Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu.
  5. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.
  6. Di Malaysia, kaum asli Mah Meri  dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.
  7. Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.
Arca patung kecil Cycladic yang dpamerkan di Muzium Akeologi di Athens.

Mementingkan unsur ruang, bentuk dan imbangan.  Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.

Kategori Arca
  1. Arca Berfungsi – arca yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu.Contohnya:  arca patung untuk tujuan keagamaan, alatan permainan di taman untuk permainan kanak-kanak,Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara yang terkorban memperjuangkan negara.
  2. Arca Estetik - arca yang dihasilkan unrtuk diperagakan atau dinikmati keindahannya sahaja.  Bentuknya boleh abstrak, bebas dan realistik.  Ia mempunyai nilai intelek yang tinggi untuk difahami. Contoh arca estetik : “Bujang Berani” dihasilkan oleh artis Bayu Utomo Radjikin.  Bahan logam.

  1. Jenis Arca
a) Arca Luakan 


Dihasilkan dengan membuang, memotong, atau mengurangkan bahagian-bahagian tertentu. Teknik arca jenis ini banyak digunakan sejak zaman pra sejarah.  Bahan yang digunakan seperti tanah liat, mar-mar, plaster of paris, bongkah kayu dan bahan-bahan lain yang mudah di ukir atau diluakan.



  Arca luakan - "Reclining Figure", karya Henry Moore.

b) Arca Binaan 


Dihasilkan samada dengan kerangka atau tidak berkerangka.  


Bahan yang digunakan spt kayu, batu simen, logam, dawai, keluli dan sebagainya.

                 
                 Arca Binaan - "Keliering Pole" oleh kaum Melanau.

c) Arca Acuan
      Mempunyai acuan tertentu mengikut ciptaan pengarcanya.
      Bahan yang digunakan ialah POP, simen, lilin, tanah liat.

                               Arca acuan

  d) Arca Dinding

     Arca ini adalah gabungan catan dan arca.


     Boleh diletakan diatas meja, diatas permukaan dinding.


     Bahan yang digunakan spt logam, kayu.


     Menggunakan teknik paku, lekat, tampal atau gantung.

     Cthnya: Arca “Langkawi” karya Abdul Latiff Mohidin (1977).


         Gonzalo de salas - Cth Arca dinding.

e) Arca Mobail/Kinetik/Bergerak

Arca yang berupaya untuk bergerak, beruputar atau berubah.
Bahan yang digunakan spt kepingan logam, aluminium dan bahan yang ringan. 

Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.

            

f) Arca Timbulan

Arca 3D.
Banyak terdapat dizaman Tamadun Mesir Purba.
         Bahan seperti batu kapur

          
Arca Timbulan tamadun Mesopatamia yang dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.

g) Arca Asemblaj atau Stabil 

         Cantuman secara kasar bahan-bahan terpakai atau terbuang. 


         Dikenali juga sebgai arca barangan buruk

Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp 

                         

                    Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” 
                              karya Marcel Duchamp

h) Arca Gabungan



  Arca gabungan/campuran berbentuk ‘instalasi’. 
Ia adalah gabungan disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.

                       Tokoh Arcawan

                                       ARCAWAN BARAT

                   


                               i)     Arcawan : Michealangelo 
                                        Tajuk Arca: “Moses”

                            





                 j) Arcawan : Alberto Giacometti
                          Tajuk Arca : Figure

      
                         k) Arcawan : Alberto giacometti 
                    Tajuk Arca :  'Woman with Throat Cut'

      

              l) Arcawan : Alberto giacometti 
         Tajuk Arca :  'Woman with Throat Cut'


                  m)  Arcawan : Henry Moore
                Tajuk Arca : "Reclining Figure



  
                    n)   Arcawan : Donatello, 
               Tajuk Arca : "David" (1416)





   















J




Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...